Tuesday, February 15, 2011

baby ku ade tarikh luput...

oh baby ku,,
sekian lama kita tidak berjumpa,
apa khabar mu di sana. 

aku sgt merindukan mu,
pasti kau hanya terkurung di rumah,
aku berharap walaupun kau selalu berada di rumah,
kau berbakti..

sudah hampir tiga bulan aku tidak membawa  mu ke pusat kesihatan,
aku abaikan kesihatan mu,
maaf,,
tidak sedikit pun niat ku untuk mngabaikan kesihatn mu,
malah aku berusaha untuk mendapatkan ubat yg terbaik untuk mu,
aku tidak memikirkan ntah berapa mahal harganya,
yang penting kesihatan mu dpt di pelihara dgn baik,
sebab aku juga mnggunakan mu,,hahah..

aku tersiksa kerana ketidak hadiran mu di sisi ku,
aku pun bingung kenapa kau sanggup mmbuat ku tersiksa,
tetapi bagi ku itu bukan salah mu,
mungkin ini salah ku,
kerana membawa mu juga ada syarat2 yang telah di tetapkan,
salah satu hal nya adalah masa,
yang di dalamnya juga terdapat tarikh,
apabila masa atau tarikh yg ditetapkan itu tamat,
aku harus memperbaharuinya..

adhoi,,
inilah perkara yang paling membuatkan aku berfikir,
kenapalah kau mempunyai tarikh luput,
sedangkan aku ingin sekali mmperbaharuinya,
tetapi smua ini mnggunakan duit..

apabila poket ku kering,,
aku tidak dapat berjalan bersama mu,
bila kau haus,
aku haruslah memberi kau minum,
aku tidak mahu membiarkan kau mati begitu saja,
kerana ia juga sangat menyusahkan ku..

sekarang,
aku hanya berjalan keseorangan,
ke sini ke sana hanya berjalan kaki,
kalau ada yang ingin memberi tumpangan,
bererti ada yang menemankan ku.

aku ingin kau berada di sisi ku,
cara lain untuk terus bersama mu ialah,
aku memaksa mu..

jikalau ada pihak2 tertentu memebuatkan perjalanan kita terhambat,
kita harus mencari jalan yang lain,
aku igin kita bersama2 terselamat,
dan hidup bahagia antara kita berdua,
aku sangat menyayangi mu,
kerana ketidak hadiran mu membuat kan ku tersiksa..

di sini aku ingin membuat kesimpulan atas smua isi puisi ku..

oh motosikal kesayangan ku,
dah lame aku x gunekan ko,
rindu aku..
 
minyak hitam pun belum aku tukar,
aku dah ready nak tukar mnyak hitam mahal skit,
jenama motul,semi synthetis aku nak sumbat,
biar aku bawak ko pun sedap sikit.

tetapi kenapa ko buat hal??
road tax lak mati,
menyusahkan tau tak.
lah nak renew pakai duit,
aku pun tengah pokai.

sekarang nak gi mana2 pun susah,
ape lagi nak gi klas,
kene lah jalan kaki aku.

klu nak ikutkan nak jew aku pakai ko secara paksa,
ade polis ke,jpj ke,senag cite ade roadblock r,
cabut lari.

tak nak aku kene tangkap,
tak pasal2 aku ngan kau moto kene angkut,
aku pun nak selamat,
kau moto mesti aku kene selamat kan gak,
name pon kenderaan kesayangan ku,
xde ko susah kot,,huahuahuaa ;D

"buat masa sekarang,,moto lah baby aku ;p"

"mase akan datang,yg duduk belakang tue jd baby aku ;D"



"OH BABY KESAYANGAN KU,,KENAPA KAU ADE TARIKH LUPUT" (^;^)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...